Wednesday 17 September 2014

Petua Cara Nak Masak Masakan "NOGORI SOMBILAN".

Assalamualaikum,ok,disebabkan saya adalah orang Negeri Sembilan,jadi saya ingin memainkan peranan saya untuk memperkenalkan masakan kegemaran orang Negeri Sembilan iaitu Ikan Goreng Masak Cili Api.

Ok,mari kita cuba ya! (ini untuk goreng dalam 4 ekor ikan)

Bahan-Bahan :

Untuk Goreng Ikan:

1.Ikan ( tak kesah ikan apa) 4 ekor
2.Serbuk kunyit (1 sudu)
3 Secukup rasa garam

Cara: Gaul ikan tu dengan serbuk kunyit dan garam.Then,apo lagi,goreng ajo lah..eloknya goreng sampai rangup dan angkat bila dah masak.

Untuk Buat Sambal Cili Api

1. Cili padi di kisar ( 10 biji)
2.Minyak Masak (5 sudu)
3. Bawang besar dipotong dadu kasar (2 biji) "ikut suka nak bawang banyak ke tak,Lagi banyak lagi       sodap :)
4.Bawang putih di hiris(2 ulas)
5.Asam keping (1 keping)
6. Serbuk kunyit (1/2 sudu)
7. Garam (1/2 sudu)

Cara:
 Panaskan minyak masak,kecilkan api, dan kemudian masukkan cili api tadi.
Bila dah berubah keperangan masukkan bawang putih, diikuti bawang merah.
Masukkan garam dan serbuk kunyit dan kacau sampai warna bawang merah macam nak hangus sedikit.Dalam 10 Minit masukkan asam keping dan kacau.Ok,siap!

Akhir sekali,untuk ikan yang awak goreng tadi tu,apa lagi kita gaul kan lah dalam kuali tu.Then hidang n hiaskan untuk orang tersayang.Selamat Mencuba...Kalau sodap buat lah lagi yo!





No comments:

Post a Comment