Thursday, 25 September 2014

Cara Nak MudaH Belajar..Good Luck !

Hai assalamualaikum,
Hari ini saya lebih berminat untuk berkongsi tentang cara saya mudah untuk mengingat.
Ada beberapa tips penting yang ingin saya kongsikan,moga dapat membantu :)

1.      Ulang kaji Dahulu
Sebelum menghadiri kelas,Cuba untuk ulang kaji dahulu apa yang  anda bakal pelajari dalam kelas.Ini membuatkan anda lebih bersemangat dan mudah faham apabila guru anda mengajar.Kamu juga   akan tidak mudah mengantuk apabila guru mengajar
2.      Buat nota ringkas (peta minda)
Buat nota ringkas (peta minda)-   Cuba untuk membuat nota ringkas (peta minda) semasa kamu ulang kaji sebelum kelas tersebut.Then bila dalam kelas,cuba bertanya guru apa yang anda tidak faham + tambah maklumat apa yang guru cakap dalam nota peta minda tersebut.

3.      Aktif di dalam kelas
Di dalam kelas,selalulah bertanya kepada guru apa yang kamu tidak faham.Ingat! adalah sangat penting sekiranya terlintas di fikiran kamu tentang persoalan,cepat-cepatlah bertanya kepada guru.Ini dapat menjimatkan masa kamu untuk mengulang kaji semula pelajaran yang kamu tidak faham dan dapat mengelakkan ketinggalan.
4.      Buat latihan
Ini dapat mengaplikasikan apa yang kamu pelajari.Dengan ini,kamu menjadi lebih memahami pelajaran tersebut dan mudah untuk mengingat.Kalau boleh,cuba ajar kawan kamu tentang apa yang kamu faham.
5.      Doa
Setelah belajar,pastikan kita bersyukur tentang apa ilmu yang telah kamu pelajari.Ingatlah,sekiranya kita bersyukur,maka Allah akan tambahkan lagi rezkinya(kefahaman)






No comments:

Post a Comment