hmm...selalunya,tiap tahun pasti kita akan berjumpa doktor disebabkan penyakit yang kamu hadapi,
Kamu semua tak payah susah-susah pon la,korung cuba ikut petua ini.InsyaAllah pasti sembuh :)
Demam
- Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
- Rehat sebanyak yang mungkin.
- Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
- Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
Selsema
- Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
- Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
- Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
- Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
- (Ramai beranggapan bahawa ‘paracetamol’ merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, ‘paracetamol’ juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)
Sakit Kepala dan Migrain
- Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
- Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
- Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
Sakit tekak
- Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
Cirit-birit
- Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
- Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
- Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
- (Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
No comments:
Post a Comment